Testimonials

Nadiah Azmansham

Nadiah Azmansham

Ibu bapa kepada pelajar Sekolah Rendah

Muhamad Ali telah bersama Miftah An Nur sejak penubuhan sekolah ini dari KG1 dan dia kini berada di Tahun 3. Kami suka bagaimana pihak sekolah menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak di samping menimba ilmu akademik serta mempunyai suasana pembelajaran yang menyeronokkan yang merangsang kreativiti dan penyelesaian masalah. Ianya adalah menggalakkan untuk melihat Ali gembira dan tidak sabar-sabar untuk pergi ke sekolah berjumpa dengan guru dan rakan-rakannya, dan teruja untuk belajar, meneroka, dan yang paling penting, BERMAIN!

Terima kasih kepada guru-guru dan pihak sekolah Miftah An Nur atas usaha dan tarbiah terhadap semua anak-anak dengan begitu baik.

Salam hormat, Nadiah.