Pendidikan Awal Kanak- Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak adalah fasa yang terpenting bagi kehidupan seorang anak. Di fasa inilah mereka lebih belajar asas -asas yang penting berbanding di dalam fasa-fasa kehidupan yang lain. Kami mengetahui pemikiran and perangai yang terbentuk di dalam fasa ini akan memberikan kesan yang mendalam di dalam pembelajaran mereka di masa akan datang. 

Tatkala mereka memulai perjalanan di dalam pembelajaran mereka, kami bermatlamat untuk menyediakan tempat pembelajaran yang inspiratif, selamat, menyeronokkan dan mengalukan yang akan dapat menolong mereka mencungkil, mendorong dan menyokong minat anak-anak. Kami mengetahui jika tahap semangat kesejahteraan dan penglibatan mereka sangat tinggi, bakat yang bersesuaian untuk pembelajaran yang berjaya dan pembangunan diri akan berada di tahap optimum. Ini akan memberikan inspirasi kepada mereka untuk merasa seronok mengkaji dan mendorong mereka untuk ingin mengetahui lebih mendalam.

Direka khas untuk pendidikan penting peringkat awal, Kurikulum pendidikan asas yang diajarkan berasaskan gabungan daripadaBritish Early Years Foundation Stage (EYFS) dan Iqra International Foundation. Ia memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengikuti minat mereka masing-masing dan ianya diperkaya dengan pelajaran-pelajaran seperti pelajaran bahasa inggris, arab dan bahasa melayu, pelajaran tilawah, pelajaran seni dan kraf dan Pelajaran latihan Jasmani.

Dengan ini mereka akan sentiasa mencabar diri sendiri dan bermotivasi untuk membesar dengan berkeyakinan tinggi dan mencapai kejayaan

Menanamkan sifat kecintaan kepada Allah dan Nabi Muhammad ﷺ.
Pembelajaran berasaskan melalui bermain
Program bertema berdasarkan Asmaul Husna