Standard Antarabangsa

Berhati Brunei

Di Miftah An Nur, kami berdedikasi di dalam memupuk dan membangunkan anak-anak muda yang cerdas, kreatif serta mempunyai kesedaran Tuhan melalui pengalaman pendidikan yang luas, seimbang dan ianya adalah diciptakan untuk menambat hati pelajar dan memberi inspirasi kepada pelajar dari segi kerohanian dan juga akademik di dalam kehidupan mereka selamanya.

Dengan gabungan Kurikulum Kebangsaan British (British National Curriculum) dan warisan budaya Brunei serta nilai-nilai keislaman, kurikulum kami yang telah diubahsuai khas untuk menggalakkan pelajar membina pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada diri mereka, dan juga memastikan pembelajaran yang berterusan secara meluas agar ianya dapat membentuk pelajar secara keseluruhan.

Kami sentiasa berusaha untuk menyesuaikan kurikulum ini untuk memenuhi keperluan dan kekuatan pelajar kami, serta memberikan peluang kepada pelajar kami untuk mengejar minat mereka dan dapat mengembangkan bakat mereka mengikut kesesuaian masing-masing.

Sebagai sekolah yang berbilang bahasa, kami juga menawarkan pelajar peluang untuk belajar Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Untuk memberi asas yang lebih kukuh, kami telah menyediakan tiga bahasa ini untuk dipelajari dengan harapan ianya dapat memupuk warga global yang cemerlang, berprinsip dan berkembang maju.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan, membentuk warga global yang mempunyai kesedaran tuhan dan berkembang maju

Misi

Memberi pendidikan bertaraf dunia/antarabangsa dengan diterajui oleh guru yang berkelayakan, yang melahirkan pemikiran kritikal dan juga memupuk nilai-nilai Islam.

Nilai Teras

Prinsip Sekolah
Khidmat

Kepada Allah, kepada satu sama lain dan kepada semua yang telah kita temui sepanjang perjalanan

Kecemerlangan

Dalam pendidikan kita, dalam adab kita dan dalam kepimpinan kita

Ihlas
Ikhlas

Dalam niat kita, dalam iman kita dan dalam komunikasi kita

Syukur

Untuk ilmu pengetahuan kita, untuk peluang kita dan untuk komuniti kita

Tawaduk

Dalam tindakan kita, dalam aspirasi kita dan dalam kejayaan kita

Penaung

Her Royal Highness Princess Hajah Hafizah Sururul Bolkiah

Puteri ke-empat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah adalah merupakan salah seorang pengasas Sekolah Antarabangsa Islamik Miftah An Nur, disamping suami Yang Teramat Mulia iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub.

Yang Teramat Mulia amat mahir dalam nilai pendidikan antarabangsa, setelah memperolehi Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Durham di United Kingdom, diikuti dengan Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa serta Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Brunei Darussalam.

Selepas memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kewangan di Brunei Investment Agency (BIA), Kementerian Kewangan, Yang Teramat Mulia telah memulakan perniagaan bersama suaminya pada tahun 2017 dengan melancarkan Miftah An Nur dan beberapa perniagaan yang berkaitan dengan kanak-kanak serta Yayasan Amal Zahara yang menyokong dan memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik di Brunei dan jua di luar negara.

Sebagai ibu kepada empat orang anak dan dengan rasa kebanggaan menjadi orang Brunei, Yang Teramat Mulia berasa berbesar hati untuk terlibat di dalam projek-projek yang menyokong pembangunan negara dan anak muda.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr Haji Mohd Yakub

Berikutan kejayaan di dalam pelbagai kerjaya di sektor awam, Yang Amat Mulia telah melancarkan Sekolah Antarabangsa Islamik Miftah An Nur pada tahun 2017 bersama isteri, Yang Teramat Mulia.

Pada tahun 2013, Yang Amat Mulia telah meninggalkan jawatan kerajaan untuk mengikuti aspirasinya di dalam dunia perniagaan, dimana Yang Amat Mulia telah menubuhkan beberapa syarikat di dalam bidang pendidikan, hartanah, penyelesaian IT dan industri lainnya. Komited terhadap pembelajaran dan pembangunan, Yang Amat Mulia melanjutkan pelajaran dan memperolehi Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Leicester.

Kini, seiring dengan Yang Teramat Mulia, Yang Amat mulia berusaha untuk memberi manfaat kepada Brunei Darussalam melalui Sekolah Antarabangsa Islamik Miftah An Nur dan projek-projek yang lain termasuk Yayasan Amal Zahara yang dikendalikan oleh Yang Amat Mulia dan isteri, Yang Teramat Mulia.

The Miftah Way

As well as our core values, we encourage everybody involved with the the school to embrace 'The Miftah Way'; positive principles that will help our community to grow together.
M
Modesty

In our language and behaviour, remembering Allah in all we do.

I
Integrity

In our language and behaviour, remembering Allah in all we do.

F
Family

A welcoming, inviting culture built on Adab and respect.

T
Teamwork

Working together to achieve excellence.
Appreciation

A
Appreciation

For our knowledge and opportunities.

H
Humility

In our action and leadership; always ready to listen to others.

Lembaga
Gobenor

Haji Abu Bakar Bin Ibrahim
Pengerusi
Hajah Sharifah Khadijah Alkaff
Ahli Lembaga
Nora Hafriana Binti Hafneh
Ahli Lembaga

KATA ALU-ALUAN

Ucapan dari Ketua Eksekutif

Assalamu ‘Alaykum Warahmatullahi Wabarakatuhu,

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang, segala puji bagi Allah yang maha Esa dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad ﷺ.

Saya dengan rasa berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan awda ke Sekolah Antarabangsa Islamik Miftah An Nur. Dengan rahmat Allah yang maha Tinggi, matlamat kami adalah untuk melahirkan generasi muslim yang hidup di dalam keindahan Islam dan pada masa yang sama menjadi warga global yang berjaya serta berkembang maju.

Sekolah Antarabangsa Islamik Miftah An Nur adalah sekolah yang pertama seumpamanya di Negara Brunei Darussalam. Program pendidikan kami mengintegrasikan kaedah dan standard yang terbaik di peringkat antarabangsa serta mempunyai nilai dan etika keislaman yang tradisional. Kami mencapai kecemerlangan di dalam pengajaran dan pembelajaran sambil memupuk nilai-nilai Islam dalam diri pelajar kami melalui fasilitator kami yang berdedikasi dan bersikap pemedulian. Selain daripada itu, sekolah kami juga bertujuan untuk menguasai di dalam tiga bahasa, iaitu, Inggeris, Melayu dan juga Arab. Kemahiran ini membezakan para graduan kami dalam persekitaran global yang semakin berubah.

Kebolehan pelajar kami dari segi rohani, emosi, fizikal dan intelektual adalah berdasarkan prinsip tarbiyyah Islam yang telah dipupuk. Pendekatan inklusif dan holistik terhadap perkembangan kanak-kanak ini membolehkan pelajar kami menjadi individu yang berkeyakinan tinggi dan serba lengkap.

Kakitangan dan pelajar kami digalakkan untuk menjadi warga global yang mementingkan Tuhan dan bertanggungjawab serta bertindak mengikut seperti dalam salah satu ayat di dalam Al-Quran, “Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi..” (Surah An-Naml: Ayat 165). Tanggungjawab yang suci murni ini mendorong niat kita untuk menyemai kecemerlangan dalam perkhidmatan kita kepada manusia, dan dalam masa yang sama mempunyai kerendahan hati disebalik kejayaan, keikhlasan dalam setiap tindakan dan bersyukur atas nikmat yang tidak terkira. Nilai-nilai teras kita ini datangnya daripada hadis junjungan kita Nabi Muhammad ﷺ“Seseorang kamu tdiak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kami berharap akan dapat bertemu dengan awda dan kami ingin menjemput awda ke komuniti kami. Sila hubungi saya terus di executiveprincipal@miftah.edu.bn atau pentadbiran kami di admin@miftah.edu.bn dan kami dengan rasa berbesar hati sedia membantu awda.

Jazakum Allahu Khairan.

Wasalam.

Bilal Buttar
Ketua Eksekutif

Ketua Kepimpinan Kanan

Bilal Buttar
Ketua Eksekutif
Sabiqur Rahman
Ketua Sekolah Menengah
Lena Khatun
‍‍Ketua Tahun Awal dan Prasekolah
Maimunah Aziz
‍‍‍Ketua Sumber Manusia
Vivian Foo
‍‍‍Ketua Pengurus Kewangan