Testimonials

Aiman & Alinah

Aiman & Alinah

Ibu bapa kepada pelajar Sekolah Rendah

Sebagai ibubapa, mencari persekitaran pembelajaran yang sesuai dan terbaik untuk anak saya, Hakeem adalah faktor paling penting apabila memilih sekolah serba boleh. Walaupun, Sekolah Antarabangsa Miftah An-Nur adalah sekolah antarabangsa yang baru, namun sekolah itu telah menyediakan pelajar platform yang bagus dari segi akademik dan pada masa yang sama menerapkan nilai moral dan Islam kepada kurikulum. Pembawaan sekolah ini adalah inklusif kerana saiznya yang kecil, justeru ianya telah mewujudkan suasana yang mudah didekati antara pihak pengurusan, guru, ibubapa dan pelajar.

Kurikulum sekolah telah memberikan asas yang sangat baik dalam memupuk disiplin, tingkah laku yang baik, keyakinan diri dan kreativiti. Dengan sais bilik darjah yang kecil, guru dapat memberikan perhatian yang mencukupi kepada pelajar sewaktu mereka belajar. Yang penting, Hakeem mempunyai masa yang menyeronokkan dan sentiasa tidak sabar untuk kembali ke sekolah dan bertemu rakan-rakannya sebaik sahaja wabak ini berakhir.

Tulus ikhlas dari ibubapa Adil Hakeem, Aiman ​​& Alinah