Testimonials

Md Adi Yusran & Melina Jaini

Md Adi Yusran & Melina Jaini

Ibu bapa kepada pelajar Pendidikan Awal kanak-kanak dan Sekolah Rendah

Sebagai ibubapa, keutamaan kami yang paling penting terhadap anak-anak adalah memastikan mereka dapat mengetahui, mengasihi dan mengenali Allah SWT dalam semua aspek kehidupan mereka. Keputusan kami untuk menghantar mereka ke Miftah An-Nur adalah mudah, kerana kami percaya akan tujuan yang ingin dicapai oleh sekolah ini untuk anak-anak kami di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, pihak sekolah bukan sahaja mampu menyediakan pendidikan yang diperlukan oleh anak-anak kami sejak dari permulaan sekolah, malah komuniti yang selalu menyokong terdiri daripada pengurusan, guru-guru dan juga kakitangan yang berdedikasi telah menjadikan pengalaman pendidikan untuk anak-anak kami sebagai pengalaman yang positif. Terima kasih.